Perak Hari Ini

Hungary Perluas Jaringan Pelaburan di Negeri Perak

IPOH: Perak merupakan negeri pertama yang dilawati oleh kedutaan Hungary di Malaysia dalam usaha untuk memperluaskan jaringan pelaburan dan perniagaan bagi pelbagai bidang di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, pelbagai bidang dapat dibangunkan secara bersama diantara Hungary dan Kerajaan Negeri  terutama dalam industri, ekonomi serta pelancongan.

“Oleh itu, hari ini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan buat pembentangan untuk memperlihatkan peluang perniagaan yang boleh diterokai oleh usahawan di Perak dan juga Hungary,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Perniagaan Hungary-Perak di sini, hari ini.

peraktoday1

Hadir sama, Duta Hungary di Malaysia, Attila Kali dan Yang Dipertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Negeri Perak, Suhaida Mohd. Hashim.

Ujar Mohammad Zahir, terdapat peluang pelaburan yang besar diantara Hungary dan Perak yang boleh diterokai terutamanya dalam bidang teknologi hijau, bandar pintar dan industri farmaseutikal.

“Misalnya, oleh kerana pertumbuhan industri hijau didorong terutama daripada segi kebimbangan terhadap alam sekitar, kesan jangka panjang untuk membuat peralihan kepada teknologi hijau dapat menawarkan pelbagai faedah sosial, ekonomi dan teknologi kepada kita,” katanya lagi.

peraktoday2

Sementara itu,  Attila Kali berkata, lawatan kali ini merupakan peluang terbaik untuk pihaknya memperkenalkan persekitaran perniagaan yang dilaksanakkan di Hungary untuk diketengahkan di kalangan komuniti di negeri Perak.

“Pada masa sama kami dapat belajar lebih lagi mengenai negeri Perak serta apa yang menjadi keutamaan dalam komuniti di negeri ini bagi membolehkan kami mencari pasaran baru untuk negara Hungary,” katanya lagi.

peraktoday4

Terdahulu, seramai kira-kira 100 peserta termasuk pengeksport, ahli persatuan perniagaan, usahawan dan sektor swasta telah menghadiri Seminar Perniagaan Hungary-Perak yang berlangsung di Hotel Weil di sini.

Seminar berkenaan dianjurkan secara bersama oleh Invest Perak, PERDASAMA dan juga MITI Wilayah Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");