Sukan Hari Ini

Idris tidak layak

TOKOH korporat, Datuk Seri Idris Jala disifatkan tidak sesuai mengisi kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pandangan itu disuarakan Naib Presiden FAM, Datuk Takiyuddin Hassan yang melihat Idris sebagai individu yang tidak pernah berkecimpung dan kurang pengalaman dalam arena sukan di negara ini.

“Pandangan peribadi saya, mana-mana individu yang menyatakan minat untuk menyertai FAM, kena faham tanggungjawab, peranan dan juga harapan peminat terhadap persatuan ini. Individu itu kena ada pengalaman dari bawah iaitu pernah kendalikan kelab atau persatuan negeri.

“Saya hormati (Datuk) Idris sebagai seorang tokoh korporat yang dikatakan berjaya memulihkan banyak syarikat korporat. Tetapi harus diingat, pengurusan bola sepak ini sangat berbeza dari apa yang difikirkan.

“Seseorang yang ingin mengendalikan FAM perlu mempunyai daya kepimpinan, minat dan hubungan yang luas antara dunia bola sepak. Walau sebesar mana pun tokoh itu jika dia tidak mempunyai pengalaman, dia tidak akan berjaya urus FAM,” katanya.

Katanya, seseorang yang ingin menjadi presiden juga perlu mempunyai kepakaran bukan sahaja menguruskan persatuan tetapi keupayaan berdepan kritikan peminat bola sepak tanah air.

“Perkara paling utama apabila ranking jatuh atau pasukan negara tewas, orang yang akan dikecam sudah tentu presiden dan pegawai FAM,” katanya.

Sehubungan itu, Takiyuddin mengharapkan individu yang terpilih menjawat jawatan presiden memberikan yang terbaik dan yang terpilih itu mempunyai kepakaran dan kemampuan.

Sebelum ini, sebuah akbar tempatan melaporkan Idris didakwa berminat berminat untuk mengisi kerusi panas FAM.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");