Membawang Hari Ini

Ikram, Asha tersingkir suku akhir AF

AKADEMI Fantasia 2016 (AF2016) minggu keenam yang berlangsung Ahad lalu menyaksikan dua pelajar, Ikram (Muhammad Ikram Kamaruzzaman) dan Asha (Siti Aishah Abdul Razak) tersingkir dalam persaingan peringkat suku akhir.

Pada minggu tersebut, pelajar ditugaskan untuk mendendangkan lagu secara medley.

Ikram menyanyikan lagu Ratnaku/Joget Inang Bujang Dan Dara sementara Asha pula mengalunkan Elergi Sepi/Keabadian Cinta.

Meskipun mendapat tepukan gemuruh para penyokong, namun tuah tidak menyebelahi kedua-dua pelajar ini.

Fauziah Datuk Ahmad Daud yang diundang sebagai juri turut menggamatkan Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam dengan kritikan pedas, tetapi membina buat pelajar.

Tujuh pelajar lain iaitu Amir (Amir Syazwan Masdi), Amal (Mohamad Amal Syafiq Osman), Reshma (Kareshma Martin John Patrick), Nurfarrah Izzatie Johari (Ara), Nurul Rahila Rashun (Rahila), Mohd Afzarul Dzarif Mohd Mazle (Zarol) dan Nor Hafizal Longkip @ Thomas (Afi) kekal bersaing pada peringkat separuh akhir minggu ini untuk mendapat tempat peringkat akhir pada 9 Oktober ini.

Jangan ketinggalan untuk menonton aktiviti para pelajar AF2016 menerusi Diari AF 2016 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6:30 petang di saluran Astro Ria dan Ria HD.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");