Sukan Hari Ini

‘Ikut saluran betul’

“KITA bersikap terbuka. Apa yang penting, kena ikut peraturan,” kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Muhammad Nasir Hamzah ketika mengulas ura-ura mengenai sebahagian tonggak utamanya bakal meninggalkan The Red Warriors (TRW) bagi menyertai pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.

Menurut Muhammad Nasir, Kafa tidak akan menghalang mana-mana pemain yang mahu berhijrah namun menegaskan ia perlu mengikut saluran.

“Ia (pemain berpindah kelab) sudah menjadi perkara biasa, lebih-lebih lagi kita sudah sampai di penghujung musim. Perkara ini berlaku kepada mana-mana pasukan di dunia.

“Dan penyokong kena faham, perkara ini berlaku apabila pemain itu sendiri mahu berpindah. Ditamatkan kontrak atau sebaliknya.

“Apa pun, pemain perlu jujur dan tidak membelakangi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) atau Fifa (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

“Kita tidak mahu timbul masalah berbangkit di kemudian hari,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai khabar angin tersebut, Muhammad Nasir mengakui belum mendapat maklumat rasmi dan berharap is sekadar usikan nakal di media sosial.

“Sejujurnya saya tidak tahu jumlah sebenar pemain yang mahu ubah angin. Saya tidak mahu buat andaian atau spekulasi.

“Apa pun, kita sudah ada perancangan awal untuk memperkasakan pasukan dengan menyerap masuk beberapa pemain Piala Presiden ke dalam skuad utama.

“Kita juga sudah mula mengintai pemain-pemain antarabangsa. Tahun depan kita mahu bina pasukan yang komited dan bernafsu dalam memburu trofi kejuaraan Liga Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh soal penaja utama Kelantan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang mengakui sudah tawar hati untuk meneruskan tajaannya, Muhammad Nasir berkata: “Bergantung pada individu terbabit. Jika mahu tamat tajaan awal boleh berunding, dan jika mahu tambah tempoh tajaan sehingga 10 tahun juga boleh berunding. Semuanya boleh diselesaikan dengan rundingan.”-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");