Membawang Hari Ini

Issey bangkit semula selepas berpisah

KUALA LUMPUR : Pengacara dan pelawak, Issey Fazlisham akur, tidak mudah untuk dirinya kembali bangkit selepas berdepan dengan kegagalan rumah tangga, baru-baru ini.

Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 29, mengakui, hampir kehilangan fokus pada permulaan dirinya dihimpit kemelut rumah tangga.

Namun, dorongan dan kata semangat yang sentiasa ditiupkan terutama oleh rakan sekerja, membantunya mengumpul semula kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai penyampai radio Hot FM.

“Kerjaya dan hal peribadi adalah dua perkara berbeza yang tidak seharusnya dicampur adukkan. Berpegang kepada prinsip itu, saya cuba untuk tidak terlalu memikirkan masalah peribadi setiap kali melangkah ke konti kerana tidak mahu mengganggu mood bekerja.

“Sebagai manusia, saya akui tidak mudah untuk melakukannya. Apatah lagi, kerjaya sebagai penyampai radio memerlukan saya supaya sentiasa mesra dan profesional. Jika saya gagal mengawal diri, bagaimana saya mahu membangkitkan keceriaan kepada pendengar?

“Saya bertuah kerana dipertemukan dengan gandingan yang sentiasa membantu memberikan semangat ketika berhadapan dengan masalah. Secara automatik, mood saya kembali ceria apabila mereka sentiasa menggembirakan saya dengan jenaka bersahaja,” katanya.

Issey diijabkabulkan dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid, 24, di Kampung Bakat, Machang, Kelantan pada 19 Mac 2015 setelah sembilan bulan berkenalan di Instagram, tetapi berpisah beberapa bulan lalu.

Enggan lagi mengenang episod hitam itu, jejaka kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu berkata, kerjaya sebagai penyampai radio banyak membantunya memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti persembahannya, selain semakin peka kepada isu semasa.

“Alhamdulillah, ramai yang memberikan komen positif terhadap gaya penyampaian saya. Selain membantu memberikan inspirasi ketika membuat persembahan di pentas, kerjaya sebagai penyampai radio juga membuatkan saya lebih peka dengan isu yang berlaku di sekeliling,” kata Issey.

Issey baru saja selesai menjalani penggambaran drama, Mat Chia Chia dan bakal berangkat ke Jepun menjayakan sitkom Jawatankuasa Kampung Kalut (JKK) musim kedua yang turut menampilkan Ebby Yus, Sariyanti dan ramai pelakon lagi.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");