Panasnya Hari Ini

Jangan Ambil Mudah Penubuhan Parti Baharu

KUALA LUMPUR:Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menasihati semua sayap dalam BN sama sekali tidak mengambil mudah penubuhan beberapa parti baharu khususnya yang diasaskan oleh bekas pemimpin UMNO.

Memetik sumber Berita Harian, sebaliknya ujar beliau semua sayap Pemuda dalam BN perlu melipatgandakan usaha bagi memastikan rakyat, khususnya golongan muda terus menyokong kerajaan dan tidak berpaling kepada parti baharu berkenaan.

“Kita ada tugas besar, apa saja parti yang ditubuhkan untuk menentang BN perlu diambil serius. “Malahan, kita perlu melipatgandakan usaha supaya sokongan yang ada sebelum ini tidak lari selain menarik mereka yang belum menyokong BN untuk bersama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Peruntukan Hari Sukan Negara Peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar (JKDB) Sabah di Dewan Masyarakat Menggatal, pada Ahad.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO mengulas mengenai tindakan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal yang dalam proses mengambil alih sebuah parti tempatan di Sabah untuk bertanding menentang BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");