Berita Hari Ini

Jangan Mudah Percaya Kandungan Media Sosial – Ahmad Zahid

NEW YORK: Pelajar Malaysia di luar negara digesa supaya tidak mudah menerima segala perkara yang disiar tanpa bersandarkan kepada fakta terutama di media sosial, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menarik perhatian bahawa antara isu yang sering dimainkan ialah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), harga minyak dan kehadiran warga Bangladesh di Malaysia.

“Masyarakat tidak harus percaya apa yang berlegar di media sosial sebagai ‘the gospel truth’ (satu kebenaran),” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama pelajar Malaysia di sini pada Sabtu sempena lawatan kerjanya ke New York.

Ia dihadiri kira-kira 65 pelajar universiti yang terletak di timur Amerika Syarikat.

Beliau seterusnya berkata tidak salah untuk mempunyai perbezaan pendapat, namun pendirian berlainan pihak lain harus turut dihormati.

Ahmad Zahid turut mengingatkan pelajar yang hadir bahawa nama baik dan imej negara terpikul di bahu mereka.

“Kalau kita lakukan sesuatu yang tak baik yang merosakkan imej negara, orang tak kata dia tu dari Pulau Pinang atau Gombak, misalnya, tapi dari Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu pelajar Malaysia di luar negara supaya bercampur dengan masyarakat sekeliling selain menjauhi perbuatan jenayah.

Ahmad Zahid berada di New York untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");