Perak Hari Ini

Kadar Simpanan Isi Rumah Masih Rendah- Cuepacs

IPOH:Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta agar kerajaan memberi perhatian berkaitan dengan kadar simpanan isi rumah terutama penjawat awam yang kini masih berada pada tahap 0.69 peratus sahaja.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata peratusan itu masih tidak mencapai sebanyak 0.7 peratus yang jelas menunjukkan tahap gaji kini masih tidak mampu menampung kos kehidupan yang meningkat.

“Cuepacs meminta agar Kerajaan mempertimbangkan perkara ini menerusi pembentangan bajet pada Oktober ini,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas menghadiri Mesyuarat Agung ke-14 Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Air Perak (LAP) di Ipoh hari ini.

perak-today-1

Terdahulu, mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ujarnya lagi, kerajaan harus menilai semula kadar simpanan isi rumah penjawat awam itu boleh diatasi menerusi kajian semula elaun lapuk yang hampir 12 tahun masih belum dikaji.

“Harga rumah, harga barangan yang terus meningkat dan di minta kerajaan mengkaji semula elaun lapuk lebih 12 tahun tidak dikaji apabila setiap belanjawan dibentangkan jadi ia perlu dikaji bagi menampung kekurangan kadar simpanan isi rumah,” katanya lagi.

perak-today-3

Katanya lagi, jika peratusan itu masih ditahap tersebut ia dikhuatiri akan menyukarkan penjawat awam bagi membeli rumah dan menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

“Menerusi suntikan kebajikan kepada rakyat negara dijangka akan cepat pulih pada keadaan yang sedia ada serta Kerajaan juga perlu membantu sumber pendapatan kepada rakyat terutama ketua keluarga,” katanya lagi.

Tambahnya lagi isu kadar simpanan isi rumah ini perlu menjadi pelengkap dalam RMK-11 dan pembentang bajet kelak.

Antara pemilihan elaun lapuk itu antaranya elaun wilayah, elaun lebih masa iaitu meliputi 231 elaun yang disediakan oleh kerajaan buat pejawat awam.

perak-today-2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");