Isu Panas

Kajian: Anwar tetap jadi pilihan tadbir negara

SHAH ALAM – Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) menunjukkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih popular dan menjadi pilihan pengundi di negeri ini untuk menjadi pemimpin negara.

Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, hasil kajian itu menunjukkan Anwar tetap menjadi pilihan pengundi walaupun beliau sedang dipenjara.

“Ini menunjukkan pengaruh dan aura beliau masih ada dalam masyarakat termasuk di Selangor,” katanya ketika sesi pembentangan penyelidikan survei IDE : Isu dan Persepsi Pengundi Selangor, di sini, hari ini.

Dalam kajian itu, lima pemimpin pembangkang disenaraikan sebagai tokoh yang mampu menjadi pemimpin negara.

Anwar (30 peratus); Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad (24 peratus); Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (17 peratus), Penasihat DAP, Lim Kit Siang (15 peratus) dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (14 peratus).

Dalam kajian sama, Anwar turut dipilih untuk menerajui kepimpinan negara bagi mengembalikan keseimbangan kecemerlangan negara.

Sebanyak 40 peratus pengundi bersetuju Anwar perlu menerajui Malaysia untuk mengembalikan keseimbangan negara manakala 29 peratus akui tidak pasti.

Melalui pecahan kaum, 39 peratus kaum Melayu menolak Anwar namun kaum Cina dan India bersetuju Anwar menerajui negara dengan masing-masing 43 peratus dan 46 peratus.

Menurut Mohamad Redzuan, setiap kali kajian dijalankan, soalan berkaitan Anwar akan tetap ditanya untuk melihat penerimaan rakyat negeri itu terhadap Anwar yang sedang menjalani hukuman.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, Februari tahun lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");