Berita Hari Ini

Kajian: Hishamuddin pilihan rakyat Selangor jadi PM

SHAH ALAM: Hasil kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien menjadi pilihan rakyat Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, 32 peratus responden memilih Menteri Pertahanan itu.

“Datuk Seri Hishamuddin lebih popular berbanding Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (31 peratus).

“Bagi Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) 28 peratus dan dua calon lain, Tan Sri Annuar Musa (Ketua Penerangan Umno) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) enam peratus,” katanya ketika sesi pembentangan penyelidikan survei IDE : Isu dan Persepsi Pengundi Selangor, di sini, hari ini.

Sementara itu, kajian sama turut mendapati pengundi kaum Melayu dan Cina memilih Hishamuddin dengan masing-masing 33 peratus manakala Ahmad Zahid popular dalam kalangan pengundi kaum India dengan 36 peratus.

Mengikut umur, Hishamuddin menjadi pilihan responden berusia 31 hingga 50 tahun.

Namun Ahmad Zahid popular dalam kalangan pengundi berusia 51 hingga 60 tahun ke atas.

Manakala Khairy pula seperti yang dijangka popular dalam kalangan orang muda yang berusia 21 hingga 30 tahun.

Ketika ditanya kaedah pemilihan pemimpin-pemimpin Umno itu untuk dijadikan kajian, Mohamad Redzuan berkata pihaknya menjalankan saringan terlebih dahulu sebelum kajian dijalankan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");