Perak Hari Ini

Keadaan Ah Wa Stabil

IPOH : Penyokong setia pasukan bola sepak Perak, Tan Choong Wah yang kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat tekanan darah tinggi hingga menyebabkan strok berada dalam keadaan stabil.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, Tan yang lebih popular dengan panggilan Ah Wa dalam kalangan penyokong skuad The Bos Gaurus itu bukannya dipukul seperti dakwaan yang disebarkan.

“Pihak hospital memaklumkan bahawa Ah Wa mengalami ‘hypertension stroke’ ketika saya menziarahinya hari ini.

“Beliau telah menjalani dua kali pembedahan untuk mengeluarkan darah beku dibahagian kepalanya,”katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Skim Insentif Kemenangan Di SUKMA 2016, hari ini.

Terdahulu, Ah Wa dilaporkan jatuh dan pengsan berhampiran sebuah pusat membeli belah terkemuka di Ipoh awal pagi tadi.

Pihak polis yang menjumpainya ketika sedang melakukan rondaan telah bertindak menghubungi ambulan dan Ah Wa kemudiannya dikejarkan ke hospital sekitar jam 3 pagi.

Shahrul Zaman yang juga exco kerajaan negeri turut meminta agar penyokong bola sepak Perak mendoakan kesihatan Ah Wa yang kini dilaporkan stabil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");