Sukan Hari Ini

Kecewa Reds mudah bolos

WALAUPUN berjaya mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas Hull City kelmarin, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp tetap tidak berpuas hati selepas pasukannya masih gagal untuk memastikan gawang mereka tidak dibolosi dalam saingan EPL musim ini.

“Saya sedikit marah kerana kami bolos lagi dan tidak pernah clean sheet. Ternyata kami memiliki masalah ketika bertahan dan ini yang kami perlu perbaiki.

“Dalam enam perlawanan, kami bolos semua perlawanan dan telah melepaskan sembilan gol. Ini amat mengecewakan saya,” katanya.

Namun, secara keseluruhan Klopp nyata berpuas hati dengan persembahan The Reds kelmarin.

“Saya fikir kami tidak harus risau untuk menjaringkan gol kerana pada babak pertama kami sudah selesa. Ini adalah persembahan terbaik Liverpool. Hull juga tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");