Sukan Hari Ini

Kedudukan Ivanovic, Cahill Di Stamford Bridge Tidak Selamat

PENGURUS Chelsea bakal melakukan perubahan dalam skuad kesebelasan utamanya selepas kekalahan memalukan 0-3 ke atas Arsenal.

Branislav Ivanovic dan Gary Cahill didakwa telah menjadi punca kepada gol pertama Gunners dan bakal ditamatkan secara berperingkat.

Antonio Conte terlepas sasaran pertahanan utamanya sebelum melengkapkan tawaran untuk Marcus Alonso dan David Luiz pada musim ini.

Sebelum itu, Conte telah menyasarkan Leonardo Bonucci (Juventus) dan Kalidou Koulibaly (Napoli) sebagai pertahanan utamanya pada musim panas.

Namun, keadaan dijangka lebih baik dan dia mempunyai banyak pilihan apabila John Terry dan Kurt Zouma yang mengalami kecederaan turun beraksi beberapa minggu lagi.

Mengenai barisan pertahanan, pengurus dari Itali ini dilaporkan masih tidak berpuas hati dengan kekuatan pasukannya.

Dia dilaporkan merancang untuk menambah pemain bek baharu dan dua pemain bahagian tengah dalam skuadnya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");