Jenayah

Kereta milik pengurus Kada musnah dalam kebakaran

KOTA BHARU – Sebuah kereta milik pengurus Kada musnah dalam kebakaran di Kampung Chica di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 5 pagi itu disedari jiran mangsa selepas terdengar bunyi letupan dan bau hangit dari luar rumah.

Mohamad Ridzuan Ismail, 57, berkata, bunyi ketukan pintu yang kuat menyebabkan dia terjaga dari tidur.

“Saya terus membuka pintu dan melihat jirannya sebelah memberitahu api bermula dari kereta Honda Accord yang diparkir di bawah garaj.

“Namun saya sempat mengalihkan kereta memandangkan pada ketika itu api hanya bermula dari kusyen dan tidak begitu marak,” katanya.

Mohd Ridzuan berkata, jiranya turut menghubungi bomba untuk bantuan bagi memadamkan kebakaran.

“Setakat ini saya serahkan kes ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut namun tidak menolak kemungkinan kejadian ekoran perbuatan khianat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");