Sukan Hari Ini

Khairul diiktiraf manusia terpantas Malaysia

KUALA LUMPUR: Raja pecut, Khairul Hafiz Jantan sebentar tadi diiktiraf The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai manusia terpantas Malaysia susulan kejayaan mencatatkan masa 10.18 saat (s) dalam acara pecut 100 meter (m) lelaki di Sukan Malaysia (SUKMA), Julai lalu.

Catatan atlet berusia 18 tahun itu sekali gus memadamkan rekod lama milik Watson Nyambek, 10.30s yang bertahan selama 18 tahun. Sijil itu disampaikan oleh Pengarah Operasi MBOR, Christopher Wong.

“Kami (MBOR) memberikan pengiktirafan ini kerana Khairul berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 100m berusia 18 tahun selain pencapaian itu diperoleh ketika usianya yang masih muda.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami mengenalpasti pencapaian individu dalam bidang korporat, perniagaan atau bidang sukan atas pencapaian peribadi milik mereka.

“Apa yang dicapai oleh Khairul amat membanggakan dan ia harus dijadikan inspirasi semua,” kata Wong ketika ditemui, di sini.

Mengulas lanjut, Wong berkata pihaknya juga sedang mengaturkan untuk memberikan sijil MBOR kepada pemenang pingat di Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio, Brazil selepas ini.

Sementara itu, Khairul ketika ditemui sejurus penyampaian sijil berkenaan jelas gembira dengan pengiktirafan berkenaan sekali gus menyemarakkan semangatnya untuk berlari lebih pantas selepas ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");