Berita Hari Ini

KKM Arah Penutupan Sementara Taman Tema Di Perak

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan penutupan sementara sebuah taman tema di Bukit Merah susulan kes beberapa pengunjung jatuh sakit selepas mengunjungi tempat itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, Jabatan Kesihatan Perak telah mengeluarkan arahan tersebut kepada pihak pengurusan taman tema itu agar tidak membawa masuk pengunjung memandangkan pemeriksaan terhadap kandungan air di premis itu sedang dilaksanakan.

“Tindakan seterusnya bergantung kepada keputusan ujian pemeriksaan tersebut.

“Jabatan Kesihatan Perak memantau rapi kes berkenaan,” katanya.

Kementerian dalam laporannya berkata, tiga kanak-kanak perempuan berusia tiga, enam dan 10 tahun dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah selepas mengalami sakit apabila pulang dari taman tema tersebut.

Ketiga-tiga anak kepada Mat Nasir Abu Bakar itu mengalami masalah cirit-birit dan muntah selepas pulang pada Sabtu lalu.

Selain anaknya, keluarga jiran Mat Nasir yang turut mengunjungi taman itu pada hari yang sama, juga mengalami masalah kesihatan sama.

Pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa dijangkit virus rota yang sering menyebabkan penyakit cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");