Sukan Hari Ini

Klinsmann tolak sebarang spekulasi

Los Angeles: Juergen Klinsmann (gambar) menolak kemungkinan mengisi kekosongan jawatan pengurus England, menyatakan beliau kekal fokus terhadap kempen kelayakan Piala Dunia bersama Amerika Syarikat.

Jurulatih AS itu dinamakan dalam beberapa laporan sebagai calon berpotensi menggantikan Sam Allardyce, yang disingkirkan sebagai bos England kelmarin selepas hanya 67 hari.

Namun Klinsmann pantas menolak spekulasi itu semalam, menyatakan dalam Twitter laporan mengaitkannya dengan jawatan di England sebagai tidak benar.

“Tidak benar khabar angin mengenai England,” tulis Klinsmann dalam Twitter.

Penyerang Jerman yang memenangi Piala Dunia 1990 itu menegaskan beliau sibuk dengan aksi penting kelayakan Piala Dunia AS menentang Mexico di Columbus, November ini.

“Fokus utama kami adalah 11 November ini apabila Columbus bergegar,” jelas Klinsmann, yang turut dipercayai calon berpotensi apabila Allardyce dilantik Julai lalu selepas kegagalan England pada Euro 2016. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");