Berita Hari Ini

Kompaun jika gagal lunas tunggakan GST

PUTRAJAYA – Pihak berdaftar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang masih mempunyai tunggakan cukai itu bagi 2015 diberi tempoh sehingga 31 Oktober ini untuk menjelaskannya.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, sekiranya mereka gagal membayar tunggakan GST 2015 itu selepas tarikh tersebut, tindakan kompaun sehingga maksimum RM20,000 akan dikenakan.

Beliau berkata, bagi pihak berdaftar GST yang masih mempunyai tunggakan cukai bagi 2016 pula diberi tempoh sehingga 31 Dis, 2016 untuk menjelaskan tunggakan tersebut.

“Pengurangan nilai kompuan akan diberikan sekiranya cukai dibayar sebelum 31 Disember, 2016.

“Kompaun sehingga maksimum RM25,000 akan dikenakan sekiranya pembayaran tunggakan GST itu dibuat selepas 31 Disember, 2016,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Khazali juga menasihatkan pihak berdaftar GST supaya sentiasa mematuhi dan membuat bayaran cukai dalam tempoh ditetapkan untuk mengelak tindakan undang-undang pada masa akan datang.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");