Berita Hari Ini

Kumpul data taska untuk pengecualian gaji minimum

IPOH – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengumpul data daripada pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) untuk mereka memohon pengecualian pelaksanaan perintah gaji minimum.

Timbalan Menterinya, Datin Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, data yang sedang dikumpul oleh pengusaha Taska itu antaranya merangkumi jumlah kanak-kanak dalam jagaan serta kos operasi mereka.

“Sejak perintah gaji minimum dilaksanakan, ada pengusaha Taska yang tida dapat meneruskan operasi, ada yang gulung tikar kerana perlu menanggung kos yang tinggi termasuk kos sewaan (bangunan),” katanya.

Mei Fun bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Kolaborasi Kebangsaan ke-18 Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia di sini hari ini.

Perintah Gaji Minimum 2016 berkuat kuasa pada 1 Julai lalu dengan penetapan pembayaran RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, manakala RM920 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Selain itu, Mei Fun mengulangi saranan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat memudahkan urusan permohonan pembukaan Taska khusus di kawasan perumahan bagi memudahkan ibu bapa yang bekerja menghantar anak mereka.

Tambahnya sehingga Ogos lepas, terdapat sebanyak 4,261 Taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan daripada jumlah itu, 344 beroperasi di Perak.

“Kita juga telah mengenal pasti terdapat kira-kira 983 Taska yang beroperasi tidak berdaftar dengan JKM tetapi ada antaranya sedang dalam proses permohonan pendaftaran,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");