Berita Hari Ini

Lancar tabung bantu pelajar Malaysia di Mesir

KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan melancarkan tabung bantuan bagi membantu pelajar Malaysia di Mesir yang berdepan penyingkiran ekoran kegagalan membayar tunggakan yuran.

Timbalan Presidennya, Ezaruddin Abd Rahman berkata, GPMS mengharapkan keprihatinan rakyat Malaysia termasuk syarikat korporat dan swasta bagi menjayakan tabung yang akan dilancarkan pada 7 Okt ini.

“Kami amat prihatin dengan nasib pelajar-pelajar cemerlang daripada keluarga kurang mampu ini dan diharapkan inisiatif murni ini akan membantu menyelesaikan kemelut yang dihadapi mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan kira-kira 150 pelajar Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir bakal berdepan penyingkiran berikutan kegagalan membayar tunggakan yuran pengajian yang mencecah jumlah RM4.5 juta.

Semalam, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan berkata,? kerajaan akan menawarkan dua pakej bantuan bagi membantu pelajar tersebut iaitu pinjaman kewangan bagi pelajar tahun akhir yang cemerlang dan selebihnya akan dibantu melalui tabung dengan kerjasama GPMS.

Ezaruddin berkata, GPMS melalui setiausaha agungnya, Mohd Alif Anas telah mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar terlibat di Mesir bagi mendapatkan maklumat dan mendapati masalah ini amat serius dan perlu ditangani segera.

“GPMS yakin melalui sumbangan ini mampu membantu menyelesaikan masalah dan memberi kelegaan kepada ibu bapa yang ketika ini risau tentang masa depan anak mereka di Mesir.

“GPMS berharap agar semua pihak termasuk seluruh rakyat Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat bersama-sama menjayakan kutipan tabung yang akan digerakkan di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, bagi mereka yang berminat memberi sumbangan kepada tabung ini boleh menyalurkannya melalui Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia ke akaun Bank Islam 14162011001958 atau Bank Simpanan Nasional (BSN) 1410041000271292.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");