Berita Hari Ini

Larangan merokok di kawasan rekreasi, pasar tani

KANGAR – Kerajaan Perlis bakal mewartakan kawasan rekreasi dan pasar tani sebagai kawasan larangan merokok pada tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Jafperi Othman.?

Beliau berkata, setakat ini dikenal pasti sebuah kawasan rekreasi di bawah Jabatan Perhutanan, sebuah kawasan rekreasi di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran dan sebuah pasar tani untuk dikuatkuasakan larangan itu.

Katanya langkah itu diambil kerana walaupun Majlis Fatwa Negeri Perlis mewartakan merokok adalah haram sejak Julai 2014, namun penduduk di negeri ini termasuk wanita masih terus merokok.

Ini adalah tambahan daripada kawasan awam yang sudah diwartakan kawasan larangan merokok seperti pejabat kerajaan, hentian pengangkutan awam, rumah ibadat dan restoran berpendingin hawa, katanya.

Jafperi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan Kem Nak Sihat peringkat negeri di Dewan 2020, di sini hari ini.

Beliau berkata individu didapati bersalah merokok di kawasan larangan merokok berdepan kompaun antara RM250 hingga R1,000.

Katanya merokok bukan sahaja memberi kesan buruk kepada perokok tetapi mereka yang tidak merokok tetapi menyedut asap rokok di samping membebankan perbelanjaan perubatan kerajaan untuk merawat pesakit kronik seperti kanser dan jantung akibat merokok.

Menurut Jafperi, dalam perkiraan kasar bagi tempoh 20 tahun setiap perokok membelanjakan lebih RM80,000 untuk membeli rokok sedangkan wang sebanyak itu sudah mampu membina sebuah rumah.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri Dr Zaini Hussin berkata bagi Januari hingga Jun tahun ini pihak jabatan mengeluarkan lebih 300 kompaun terhadap individu didapati merokok di kawasan larangan merokok.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");