Jenayah

Lelaki maut ditetak di Sungai Petani

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 30-an maut dipercayai akibat ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Keladi dekat sini, kira-kira jam 12.20 tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abdul Hamid berkata mangsa ditemui di dalam bilik tidur dengan kesan luka tetakan di beberapa bahagian badan.

“Polis masih menyiasat motif serangan. Setakat ini polis telah menahan tiga lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.

“Usaha mengesan beberapa lagi suspek masih dijalankan dan suspek yang ditangkap akan direman sehingga 4 Okt ini untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Saifi berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");