Perak Hari Ini

‘Lost World Circus Of Horrors’ Beri Pengalaman Menarik

IPOH: Lost World of Tambun (LWOT) akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik sempena perayaan Halloween bermula daripada 1 hingga 31 Oktober ini.

Aktiviti tersebut sudah pastinya akan memberikan keseronokan buat pengunjung untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga tanpa mengira peringkat umur.

6

Bertemakan ‘Circus of Horrors’, terdapat lima aktiviti yang boleh dialami sendiri oleh para pengunjung dan semestinya ia memberikan pengalaman yang mengujakan.

Antara aktiviti tersebut adalah ‘Meet The Freaks’ yang akan bermula pada jam 11 pagi, ‘Halloween Fun House’ (11 pagi hingga 5 petang) serta ‘Circus of Horror (7 petang) yang mana kesemua aktiviti itu diadakan setiap hari.

8

Manakala bagi ‘Freak Show’ yang diadakan pada jam 2.30 petang serta ‘Trick Or Treat Parade’ (5 petang) akan berlangsung setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang http://sunwaylostworldoftambun.com/spooky-halloween-2016/ atau laman Facebook di www.facebook.com/lostworldoftambun atau boleh juga hubungi LOWT di talian 05 5428888 untuk maklumat lanjut.

3

Pengunjung yang membelanjakan minima RM100 (termasuk tiket masuk ke LWOT, Lost World Hot Spring & Spa dan Hotel Lost World) juga berpeluang untuk memenangi sebanyak 32 buah telefon mudah alih jenama Sony Xperia sepanjang bulan perayaan Halloween ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");