Sukan Hari Ini

Makin mantap

London: Tidak dipedulikan Arsenal dan diketepikan oleh England, Theo Walcott tiba di satu persimpangan hujung musim lalu namun tindak balasnya ternyata menyelamatkan kariernya yang berdepan risiko kejatuhan.

Walcott hanya beraksi sekali dalam 14 perlawanan terakhir Arsenal musim lalu dan kehilangan tempatnya dalam skuad England kendalian Roy Hodgson di hujung kempen mengecewakan yang jelas menjejaskan impian pemain sayap itu meletakkan dirinya sebagai pemain utama di kelab atau negara.

Kini hanya beberapa bulan kemudian, menjelang aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang pasukan Switzerland, Basel, dia sudah memantapkan dirinya sebagai seorang daripada pemain utama Gunners selepas berusaha gigih ketika musim bercuti rehat.

Pada usia 27 tahun, Walcott patut berada di kemuncak kariernya, namun pemain yang memiliki kepantasan menakjubkan itu tetapi gagal menyudahkan hantaran silang atau penyudah klinikal, kini mendapati dirinya kembali diperlukan selepas karier yang pernah menjanjikannya menjadi bintang global.

Berdepan kemungkinan dijual Arsenal dan dilupakan England, Walcott memutuskan untuk berbincang sekali gus menyaksikan kebangkitan semulanya akhir-akhir ini.

Dia duduk berbincang dengan bos Gunners Arsene Wenger dan pembantunya Steve Bould untuk mencari jalan bagaimana kembali ke landasan tepat dan nasihat diterimanya amat ringkas – kuatkan fizikal dan mental.

Walcott menerima nasihat itu dan bekerja keras dengan jurulatih peribadi sepanjang cuti rehat dalam usaha meningkatkan kecergasan dan kekuatannya, malah masih bekerja pada hari cuti.

Kerja kerasnya sepanjang cuti rehat itu ternyata berbaloi sekali gus meyakinkan Wenger betapa komitmennya untuk menuju kegemilangan tetap utuh.

“Saya sering berasakan pemain ini ada karakter dan kebijaksanaan,” ujar Wenger.

“Satu tamparan hebat buatnya tidak beraksi pada Euro. Dia seorang pemain yang mempunyai penilaian baik mengenai persembahan dan kualitinya.

“Dia berusia 27 tahun, satu usia yang amat penting. Saya katakan banyak kali pada awal musim kami akan lihat Theo Walcott yang berbeza. Saya dapat melihatnya membuat keputusan dan berpegang kepadanya.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");