Berita Hari Ini

Malaysia berbesar hati dengan pemilihan Azharuddin

SHAH ALAM – Kerajaan Malaysia berbesar hati dengan pemilihan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman sebagai Presiden Perhimpunan Agung Ke-39 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada minggu lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemilihan tersebut merupakan bukti besar menunjukkan kekuatan hubungan Malaysia dengan rakan-rakan penerbangan awam di seluruh dunia.

“Sesungguhnya, kami amat gembira kerana sokongan aktif dan penyertaan kami dalam ICAO menerima pengiktirafan.

“Selain itu, saya berpeluang berucap pada Perhimpunan Agung berhubung masa depan penerbangan awam global,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Tiong Lai memaklumkan bahawa pihaknya turut menekankan kepentingan ICAO dalam memastikan keselamatan, kecekapan dan kemapanan dalam sektor tersebut.

Selain itu, beliau turut mengulangi komitmen Malaysia dalam menyokong pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh ICAO berhubung matlamat ini.

“Malaysia telah mengemukakan pencalonan untuk dilantik semula ke Majlis ICAO dan adalah menjadi harapan kami agar dapat terus memainkan peranan yang kuat serta aktif dalam organisasi antarabangsa yang penting ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");