Berita Hari Ini

Manfaat tempoh bayaran balik cukai sebelum 15 Disember

MELAKA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meminta pembayar cukai memanfaatkan Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai sebelum tarikh akhir 15 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Mohd Shukor Mahfar, berkata program bermula 1 Mac lalu itu adalah antara inisiatif dalam pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, program bertujuan menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela dan melaporkan laporan pendapatan tahun ke belakang serta menyelesaikan tunggakan cukai.

Tawaran termasuk pengurangan penalti pada kadar tertentu, pembayar cukai yang belum mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) atau Borang Nyata Petroleum (BNP) tahun ke belakang.

“Maklumat boleh diperoleh menerusi portal rasmi LHDN, www.hasil.gov.my atau menghubungi Meja Bantuan Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai di talian 03-83138885,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena Persidangan Teknikal Tahunan ke-13 Pertubuhan Pentadbir Cukai Negara Islam (ATAIC) yang dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong, di sini, hari ini.

Persidangan bertemakan ‘Meningkatkan Kecekapan Dalam Pentadbiran Cukai’ berlangsung selama lima hari berakhir 30 September ini disertai 119 delegasi daripada 28 negara anggota ATAIC.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");