Isu Panas

Masih awal pilih calon PM

ALOR SETAR – Masih terlalu awal untuk menentukan siapa calon perdana menteri jika pembangkang menang pada PRU14.

Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail berkata, siapa sahaja calon disenaraikan parti akan dibincangkan dan mendapat persetujuan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan terlebih dahulu.

“Saya melihat tindakan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon hanyalah untuk menjawab soalan berkaitan perkara tersebut.

“Saya tak ramal banyak jawapan begitu, beliau mencadangkan Muhyiddin sebagai menggambarkan keadaan sekarang. Itu hanya pandangan beliau mewakili parti berkenaan,” katanya semalam.

Menurutnya, Muhyiddin mungkin pilihan Dr Mahathir kerana kedudukan bekas timbalan perdana menteri itu sebagai pemimpin kanan Bersatu yang dianggap penting.

“Siapa calon perdana menteri ditentukan dalam perkembangan lanjut. Itu mungkin hanya senarai calon oleh Bersatu dan pemilihan dibuat atas banyak faktor.

“Ia bergantung kepada kepimpinan parti, kita terbuka. Terlalu awal untuk beri komitmen perkara ini, tapi kita tak rasa cadangan itu janggal atau luar biasa,” katanya.

Ahli Parlimen Kuala Kedah itu berkata, meskipun Muhyiddin berpotensi besar sebagai calon perdana menteri, namun ia hendaklah bergantung kepada prestasi PRU14.

Sementara itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kenyataan Mahathir dianggap sebagai pandangan peribadi.

“Soal calon perdana menteri akan dibincangkan dan diputuskan bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan. Jadi apa-apa keputusan Pakatan Harapan, kita di peringkat negeri akan sokong,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");