Perak Hari Ini

MB Perak Nafi Keluar Surat Isytihar Sultan Perak ke-36

IPOH:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan pihaknya mengeluarkan sepucuk surat berhubung perlantikan Kesultanan Melayu Perak ke-36.

Beliau berkata surat yang dikeluarkan dengan menggunakan kepala surat (letter head) pejabat Menteri Besar adalah palsu.

“Pejabat Menteri besar telah menerima satu surat yang telah dipalsukan dengan menggunakan kepala surat pejabat Menteri Besar dengan memaklumkan bahawa saya telah mengisytiharkan bahawa Sultan Badaruddin Alang Diwakis sebagai Sultan Perak yang ke 36,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Terdahulu pejabat Menteri Besar telah menerima sepucuk surat bertajuk ‘surat perlantikan kesultanan Melayu Perak ke-36’ yang menyatakan Menteri Besar telah mengisytiharkan bahawa Sultan Badaruddin Alang Diwakis sebagai Sultan Perak yang ke-36.

Jelasnya surat berkenaan yang diterima olehnya hari ini telah dibuat beberapa salinan bagi mengaburi dan mengelakkan pengecaman terhadap kepala surat tersebut.

Ujarnya, beliau sama sekali tidak mengetahui siapa dalangnya dan telah mengarahkan pihaknya untuk membuat satu laporan Polis berhubung perkara tersebut.

“Saya tidak tahu siapa kerja siapa dalangnya dan siapa sultan itu sendiri..paling mengecewakan menggunakan kepala surat palsu dan pengisytiharan daripada saya.

“Saya juga telah mengarahkan pihak pejabat membuat laporan Polis bagi mengesan individu berkenaan atau pihak yang berkenaan mengeluarkan kenyataan tersebut,” katanya.

Zambry berharap agar tindakan siasatan segera dijalankan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mencemarkan nama Pejabat Menteri Besar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");