Sukan Hari Ini

Misi balas dendam Bayern Munich

BAYERN Munich melaungkan amaran mahu membalas dendam kekalahan separuh akhir musim lalu di tangan Atletico Madrid dalam pertembungan Kumpulan D di Estadio Vicente Calderón awal pagi esok.

Pemain tengahnya, Arturo Vidal berkata, dia tidak rela melihat pasukannya kalah kali keempat berturut-turut kepada kelab Sepanyol itu.

“Kami masih berdendam dengan Atletico. Mereka hampakan kami musim lalu dan kali ini kami tidak akan beri peluang kepada mereka.

“Malah, kami mahu jadikan musim ini sebagai tahun untuk kami julang trofi liga Juara-Juara selepas tiga kali terkandas di separuh akhir,” katanya.

Vidal,29, antara pemain yang berada dalam kesebelasan Bayern ketika tewas kepada Atletico lima bulan lalu di separuh akhir.

Namun, Vidal tidak mahu terlalu yakin dengan kekuatan Bayern dan tetap berwaspada dengan kehebatan Atletico.

“Mereka suka melakukan kejutan. Walaupun di atas kertas kami memang kuat, tetapi tengoklah apa yang telah mereka lakukan dalam beberapa perlawanan ketika menentang kami,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");