Sukan Hari Ini

MSN Kedah ambil tindakan jika atlet gagal doping

MAJLIS Sukan Negeri Kedah akan mengambil tindakan sekiranya ada atletnya yang gagal dalam ujian doping yang dijalankan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, Julai lalu.

Exco Sukan negeri Datuk Aminuddin Omar berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Majlis Sukan Negara berhubung perkara tersebut.

“Kita akan lihat perkara ini secara terperinci dan tindakan akan diambil sekiranya ada atlet Kedah yang terlibat,” katanya selepas Majlis Penyampaian Ganjaran Kepada Atlet Sukma di Alor Setar, hari ini.

Isnin lalu, Adamas memaklumkan empat atlet yang memenangi pingat di Sukma Sarawak, gagal ujian doping yang dikendalikan agensi itu.

Terdahulu, kerajaan negeri menyampaikan insentif berjumlah RM147,750 kepada atlet yang mendapat pingat emas, perak dan gangsa pada Sukma Sarawak, yang disampaikan Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah.

Aminuddin berkata insentif yang diberikan kerajaan negeri kepada atlet yang berjaya di Sukma itu adalah sebagai perangsang dan galakkan kepada mereka yang telah bertanding dan mengharumkan nama Kedah. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");