Panasnya Hari Ini

Najib Hapuskan Demokrasi Di Negara Ini – Tun M

KUALA LUMPUR : Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan untuk menyingkirnya bermakna menolak demokrasi adalah tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dakwaan Najib itu menjadi bahan ketawa.

“Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara.

“Di mana-mana sahaja dalam negara demokratik pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya,”katanya menerusi catatan di blog beliau, hari ini.

Mengambil contoh, Tun Mahathir berkata, Perdana Menteri Australia, Tony Abbot meletak jawatan kerana partinya memilih Presiden baru manakala Perdana Menteri Britain meletak jawatan kerana kalah dalam pungutan suara berkenaan Brexit.

Kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu lagi, penyingkiran pemimpin tertinggi yang bermasalah bukan sahaja tidak bermakna menolak demokrasi tetapi sebenarnya menjadi bukti demokrasi sedang berjalan dengan baik.

“Di Malaysia, Najib sendiri berperanan dalam penyingkiran (Tun) Abdullah Badawi sebelum tamat edahnya.

“Sebaliknya, apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai Perdana Menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun,”jelas beliau.

Tun Mahathir berkata, Najib menguasai pihak Legislatif (pembuat undang-undang), Eksekutif (pentadbir, polis dan tentera) dan Judisiari (penghakiman) adalah sesuatu yang bercanggah dengan amalan demokrasi.

Ujarnya lagi, ahli Parlimen BN pula tidak bebas dan dipaksa melalui pelbagai cara supaya menyokong dan meluluskan apa sahaja yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.

“Undang-undang keselamatan baru membelakangkan sama sekali hak rakyat dibicara dalam mahkamah jika ditangkap dan dimasuk dalam tahanan.

“Semua ini bukti jelas dan terang bahawa Najib sudah hapuskan demokrasi di negara ini. Selagi Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, selama itulah Malaysia tidak demokratik,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");