Berita Hari Ini

Negara perlu lebih ramai perunding harta intelek – Hamzah

KUALA LUMPUR: Negara memerlukan lebih ramai perunding harta intelek bagi membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melindungi produk mereka daripada dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata setakat ini hanya ada kira-kira 400 perunding harta intelek di negara ini, sedangkan industri berkembang pesat.

“Kepesatan industri memerlukan negara memiliki lebih ramai perunding harta intelek bagi membantu usahawan merancang perniagaan, membuat analisis, mencari idea dan memberi nasihat berhubung paten yang perlu ke atas produk mereka.

“Kita perlu ramai perunding harta intelek terutama dalam bidang berasaskan teknologi yang menjadi aliran dunia masa kini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Analisa Paten di sini, hari ini.

Bengkel berkenaan adalah satu platform untuk peserta dari negara ASEAN mengetahui lebih lanjut mekanisme untuk menganalisis paten dengan kedah mudah bagi tujuan penyelidikan, perniagaan, perniagaan, perindustrian dan pengkomersialan.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");