Sukan Hari Ini

ODR sasar juara

Kuala Lumpur: Walaupun tampil buat kali pertama di Siri Le Mans Asia, pasukan OD Racing Team (ODR) meletakkan sasaran untuk muncul juara.

Hasrat berkenaan disuarakan pemandu utamanya Fairuz Fauzy kerana kejuaraan yang diraih akan membuka laluan untuk meraih tiket selaku pasukan jemputan pada Perlumbaan 24 Jam Le Mans di Perancis, Jun tahun depan.

“Saya sedar saingan pasti sengit di Siri Le Mans Asia. Bagaimanapun kami berharap mampu menamatkan perlumbaan dengan berjaya.

“Kami turut mempunyai jentera yang baik (McLAREN 650S GT3) selain kombinasi pelumba yang berpengalaman dalam dan luar negara,” katanya selepas majlis penajaan pasukan semalam.

Fairuz akan dibantu rakan sepasukan Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel serta pelumba dari New Zealand Jono Lester.

Le Mans Asia membabitkan empat siri perlumbaan yang bermula di Zhuhai, China pada bulan depan disusuli Fuji, Jepun (2 hingga 4 Disember), Buriram, Thailand (6 hingga 8 Januari 2017) dengan saingan terakhir dijadualkan pada 20 hingga 22 Januari di Litar Sepang.

“Saya berharap kami mampu mengharungi musim ini dengan sempurna kerana mahu memastikan sasaran muncul pasukan tempatan pertama mendapat jemputan ke perlumbaan Le Mans, Perancis,” tambahnya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");