Sukan Hari Ini

Ozil: Tutup mulut pengkritik

PEMAIN tengah Arsenal, Mesut Ozil menempelak sesetengah pengkritik yang menyifatkan The Gunners tidak boleh pergi jauh musim ini berdasarkan dua perlawanan awal.

Malah, kemenangan bergaya 3-0 ke atas Chelsea awal pagi semalam nyata memberikan keyakinan kepada Arsenal untuk mencabar kejuaraan liga musim ini.

“Ramai ‘pakar’ yang mengatakan kami tiada harapan julang trofi EPL musim ini selepas kalah kepada Liverpool dan seri kepada Leicester. Dan sekarang kami telah buktikan empat kemenangan berturut-turut.

“Saya hanya mahu berpesan kepada mereka bahawa liga masih panjang dan apa juga boleh berlaku. Kami juga bertambah baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Ozil juga mahu rakan sepasukan supaya menggunakan momentum ini ketika bertemu Basel dalam perlawanan Liga Juara-Juara, Rabu ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");