Jenayah

Padah tumbuk isteri

KUALA TERENGGANU: Gara-gara minta ‘dilepaskan’, seorang wanita bukan sahaja dimaki hamun dan dipukul, malah turut ditumbuk oleh suaminya sehingga mengalami kecederaan, dalam kejadian 18 September lalu.

Bagaimanapun, perbuatan suaminya, Mohd Reizuan Mokhtar, 35, akhirnya dibalas apabila dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Keputusan dibuat selepas Mohd Reizuan mengaku salah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Intan Shafinar Rohani, 29, di rumah mereka, di sini, kira-kira jam empat petang, pada 18 September lalu.

Dia mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Berdasarkan fakta kes, pada 18 September lalu, kira-kira jam empat petang, berlaku pertengkaran mulut di antara pasangan suami isteri terbabit.

Dalam pertengkaran itu, Mohd Reizuan memaki hamun mangsa selepas bengang wanita itu minta ‘dilepaskan’.

Tidak cukup dengan itu, dia turut bertindak menumbuk belakang kepala dan muka mangsa.

Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami kecederaan pecah dan bengkak dibibir, sakit bahagian belakang kepala, di bahu sebelah kanan dan bengkak jari tangan kirinya.

Sebelum ini, Sinar Harian ada melaporkan seorang wanita bukan sahaja dipukul, malah turut ditumbuk suami sendiri sehingga mengalami kecederaan.

Dalam kejadian kira-kira jam empat petang itu, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bengkak di belakang kepala dan sakit pada bahu kanan selain terseliuh jari kiri dipercayai kesan dipukul suaminya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");