Perak Hari Ini

Pangkor Dialogue 2016 Sasar Himpun Idea ‘Pemikir’ Dunia

IPOH: Pangkor Dialogue (PD) 2016 dijangka menjadi penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa yang lebih besar apabila ia sekali lagi bakal menghimpunkan sekitar 5,000 pengunjung termasuk pemikir akademik terkemuka untuk kali ini.

PERAK TODAY 2
Ketua Pengawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr. Mazalan Kamis

Ketua Pengawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr. Mazalan Kamis berkata ia turut melibatkan pengajuran pameran dan persekitaran baharu bagi mencungkil bakat keusahawanan dalam bidang seni.

“Di ruang legar akan diadakan pameran seni yang diberi nama ‘garden of art’ yang bakal memeriahkan lagi persidangan ini,” katanya dalam sesi bersama media di Hotel Causuarina@meru di sini hari ini.

Tambahnya lagi, persidangan ini bakal dihadiri oleh barisan para menteri  seperti Datuk Abd Rahman Dahlan, Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Datuk P.Kalamanathan dan Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka hadir bagi acara pembukaan rasmi persidangan PD 2016 pada 5 September ini.

Sementara itu bagi ahli akademik luar negara terkenal yang dijangka hadir antaranya Menteri Kerjasama Antarabangsa republik Guinea Afrika, Profesor Dato Dr. Sano Koutoub Moustapha, Menteri Industri & Perdagangan Sri Lanka, Rishad Bathiudeen dan paling istimewa pemenang Nobel Keamanan Dunia, Profesor Muhammad Yunus.

PERAK TODAY 3

“Selain daripada berbincang mengenai pelbagai sektor termasuk perniagaan yang tidak hanya bersifat keuntungan semata malah turut merangkumi pelancongan dan langkah mengatasi masalah sosial setempat kerana pembangunan tidak seharusnya menyusahkan semua.

“Dalam dunia alaf baharu dunia mestilah bersama-sama dalam memastikan penyelesaian masalah sejagat ditanggung bersama,” katanya.

Tambahnya lagi, Pangkor Dialogue bukan hanya kebanggaan Perak semata berikutan ia adalah satu-satunya jaringan antarabangsa yang terbesar membincangan mengenai pertumbuhan inklusif mampan negara yang dianjurkan luar daripada Kuala Lumpur dan melibatkan penyertaan 25 negara.

PD 2016 bakal berlangsung di Hotel Casuarina, Meru selama tiga hari bermula 5 September hingga 7 September depan melibatkan pengisian program seperti persidangan kedua Majlis Perundingan Pemimpin Muda Perak Amanjaya, Sehati@Pangkor Dialogue 2016 dan konvensyen melibatkan Badan Bukan Kerajan (NGO).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");