Jenayah

Pekerja cedera kilang terbakar

Seremban: Tiga pekerja melecur selepas terkena percikan api dalam kebakaran kilang membuat acuan seramik di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar, Senawang, hari ini.

Dalam kejadian 1.26 tengah hari itu, tiga pekerja masing-masing warga India, Nepal dan Bangladesh berusia lingkungan 40-an melecur di tangan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk rawatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Seremban, Seremban 2 dan Rembau bersama 25 pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Bomba dimaklumkan kilang itu terbakar secara tiba-tiba sebelum merebak ke kilang membuat alatan taman permainan bersebelahan. Pasukan bertindak mengawal kebakaran daripada merebak ke kilang lain.

“Kita mengawal kebakaran sepenuhnya pada 3 petang. Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan nilai kerugian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, tiga pekerja yang cedera dilaporkan stabil dan hanya cedera ringan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");