Jenayah

Pekerja kilang maut terlibat nahas

KULIM: Seorang pekerja kilang maut di tempat kejadian apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Taman Mutiara, awal pagi tadi.

Mangsa Khu Zaina Nayan, 51 yang menunggang motosikal secara bersendirian untuk ke tempat kerja kira-kira jam 6.45 pagi di Seberang Jaya, Pulau Pinang dipercayai telah terlanggar dengan sebuah kereta jenis jip yang berhenti dalam kereta kenderaan lain kerana kesesakan lalu lintas.

Akibat daripada pelanggaran tersebut Khu Zaina telah terjatuh ke atas jalan di haluan bertentangan dan menyebabkan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dalam perjalanan dari Kulim-Mahang untuk ke Taman Mutiara terlanggar mangsa tersebut.

Jenazah Khu Zaina akan dikebumikan di Kampung Nyor Sebatang, Pulau Pinang selepas solat Asar.

Dalam pada itu, Pegawai Bomba Kanan 11 Zabidin Mat Desa berkata Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech telah menerima panggilan orang awam pada jam 6.54 pagi yang memaklumkan kejadian berkenaan.

“Kita telah bergegas ke lokasi berkenaan bersama lima anggota dan mendapati kemalangan melibatkan tiga kenderaan.

“Mangsa seorang wanita telah tersepit di bawah kenderaan dan telah disahkan mati di tempay kejadian,”katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad telah mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata mayat mangsa telah di bawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris untuk tindakan lanjut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");