Perak Hari Ini

Penangan Kelapa Leleh Kampor!

3
Pengurus Kelapa Leleh Kampor, Raziah Omar

KAMPAR:Jangan mudah menilai dari luaran semata, biarpun hanya gerai kecil namun kepelbagaian perisa hidangan pencuci mulut berasaskan kelapa yang unik dan enak hanya boleh anda dapati di Kelapa Leleh Kampor di sini.

Pengurus Kelapa Leleh Kampor, Raziah Omar berkata menyajikan kelapa leleh sebagai menu utama gerainya ternyata berhasil apabila ia saban hari mendapat sambutan yang cukup mengalakkan bukan hanya pelanggan dari sekitar negeri ini namun juga dari luar.

Lokasinya di No.1 Gerai pertanian Jalan Iskandar Kampar, ia berhadapan dengan Masjid An-Nur Kampar dan gerai ini juga berhampiran dengan jalan susur untuk ke Teluk Intan.

“Ia adalah idea anak saya Hasni Farlina Mohd Sani, namun lama kelamaan hidangan kelapa 5-1leleh ini menjadi viral sehingga kini kami menawarkan sebanyak 12 jenis perisa kelapa leleh dan ianya terjual sekitar 200 biji kelapa sehari,” katanya.

Tambahnya lagi, antara menu yang menjadi pilihan pelanggan iaitu seperti fruit lava (RM6.00), oreo leleh (RM5.00) dan jumbo leleh (RM15) yang boleh dinikmati sekitar dua hingga tiga orang.

Gerai ini juga menyediakan pelbagai perisa kelapa leleh yang bermula pada harga RM5.00 dengan kuantiti yang banyak serta berpatutan untuk dinikmati seisi keluarga.

Rojak buah leleh yang dihidangkan dalam kelapa lengkap dengan isi kelapa segar juga taburan keropok ikan antara menu unik yang patut anda cuba jika berkunjung ke gerai ini hanya pada harga RM6.00 sahaja.

Menu terbaharu yang ditawarkan adalah burger aiskrim leleh RM6.00 dan vanila karamel RM7.00 yang pastinya mampu membuka selera anda.

2

Laksa telur goreng dan lempeng kelapa, mee rebus, pasembor antara menu menarik dan enak yang turut ditawarkan di gerai tersebut.

Kelapa leleh Kampor dibuka dari Selasa hingga Ahad dan tutup pada hari Isnin dan pelanggan dinasihatkan mendapatkan maklumat di Facebook Kelapa Leleh untuk sebarang makluman.

Nama restoran: Kelapa Leleh Kampor
Lokasi:No.1 Gerai pertanian Jalan Iskandar Kampar (berhadapan Masjid An-Nur Kampar)
No telefon:018-2954964

Waktu operasi:Selasa hingga Ahad (Isnin tutup)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");