Membawang Hari Ini

Pendekatan disalah erti

PELAKON yang mencipta nama menerusi drama bersiri Juvana, Izreen Azminda enggan lagi dikaitkan dengan cinta lokasi.

Katanya, situasi itu timbul akibat salah faham terhadap keserasian yang tercipta dengan pasangan pelakonnya.

“Saya hanya bekerja. Keserasian itu menyebabkan ada yang salah faham dengan hubungan tersebut.

“Padahal, ramai yang tidak tahu keadaan sebenar di sebalik tabir,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, pelakon berusia 31 tahun ini sering dikaitkan menjalin hubungan cinta lokasi dengan teman gandingannya dalam drama bersiri seperti Johan Asa’ari, Fahrin Ahmad, Amar Baharin dan Redza Rosli.

Jelasnya lagi, semua hubungan yang tercipta tidak lebih kepada mempromosikan drama lakonan mereka.

“Saya ini sejenis yang suka memuat naik gambar dalam laman sosial.

“Sebenarnya, fungsinya adalah untuk menaikkan rating atau mempromosikan drama lakonan kami. Itu sahaja.

“Itu juga kaedah yang digunakan oleh hero dan heroin sekarang ini,” katanya.

Bahkan, pelakon drama bersiri Kak Marr ini mengakui fokus utamanya adalah terhadap kerjaya dan anaknya, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 3 tahun.

“Saya selesa dengan keadaan ini. Saya tiada apa-apa komitmen. Saya lebih bebas melakukan apa-apa saja,” katanya.

Dalam pada itu, Izreen membuat penampilan istimewa untuk produk kecantikan dan kesihatan, Eryns.

“Saya memang suka mencuba sesuatu produk baharu.

“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan hasilnya selepas diberi peluang menggunakannya selama beberapa bulan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Izreen bakal terlibat dalam penggambaran drama bersiri 13 episod, Kesetiaan di samping aktor, Keith Foo dan Amar Asyraf.

“Saya juga akan melibatkan diri dalam bidang perniagaan tidak lama lagi,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");