Jenayah

Penganggur didakwa membunuh

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di lorong belakang sebuah hotel bajet di Jalan Wong Ah Fook, di sini awal bulan ini.

Tertuduh, Kasmarugaya Sulaiman, 39, dilihat mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Salina Omar.

Mengikut kertas pertuduhan, Kasmarugaya didakwa membunuh Abd Razak Ibrahim, 42, di lorong belakang T Hotel antara jam 5 hingga 6.30 pagi pada 10 September lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh dikemukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan.

Majistret kemudiannya menetapkan 27 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");