Perak Hari Ini

Perak Sedia Sambut Kehadiran Pelancong

JOHOR BAHRU : Negeri Perak sedia untuk menyambut kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017.

Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism Perak Management Berhad, Mohd Kamil Shafie berkata, segala persiapan seperti fasiliti dan kemudahan asas untuk pelancong telah pun siap dibina atau dibaikpulih.

“Sudah banyak tempat-tempat yang bermasalah sudah dibuka semula dan banyak kemudahan asas telah disiapkan untuk kemudahan pelancong menerusi peruntukan yang dikeluarkan.

“InsyaAllah, kita bersedia untuk menerima kehadiran pelancong ke negeri Perak pada tahun hadapan,”katanya ketika ditemui selepas Program ‘Visit Perak Year 2017 : Road To Perak @ Johor’ di sini, hari ini.

Perak mencatatkan kehadiran pelancong domestik tertinggi di negara ini selama empat tahun berturut-turut iaitu seramai 7.96 juta pelancong domestik melawat negeri itu pada 2015.

peraktoday8

Dalam program yang sama, ‘Perak CC1M Dekat Je Packages- Visit Perak Year 2017’ turut dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

 

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Keong, Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism Perak Management Berhad, Mohd Kamil Shafie, Pengarah Tourism Malaysia Perak, Ibrahim Seddiqi Talib, Pengarah Tourism Malaysia Johor, Edzuar Zar Ayob Azari dan Pengarah Tourism Malaysia Singapura, Ishak Ismail.

Sementara itu, Mohd Kamil berkata, program ‘business-matching’ yang diadakan menerima sambutan yang sangat menggalakkan apabila disertai oleh lebih 100 operator pelancongan dan hotel dari Perak,Johor, Singapura dan Batam,Indonesia.

peraktoday4

Ujarnya lagi, dengan adanya Movie Animation Park Studios (MAPS) di Meru Raya yang akan dibuka tidak lama lagi, ianya juga menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan negeri Perak.

“MAPS yang akan dibuka tidak lama lagi iaitu satu-satunya taman tema animasi di Asia bakal menghiburkan orang ramai boleh menarik pelancong ke Perak bukan sahaja domestik tetapi juga antarabangsa.

“MAPS ini akan menjadi pemangkin kepada industri pelancongan negeri Perak di samping produk-produk yang sedia ada,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");