Perak Hari Ini

Permaisuri Perak Berkenan Sampaikan Anugerah Cemerlang

IPOH: Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun 2016 di sini hari ini.

Baginda yang tiba sekitar jam 10 pagi turut diiringi oleh isteri Menteri Besar Perak Datin Saripah Zulkifli.

Hadir sama Exco Pendidikan Datuk Amin Zakaria dan Pengetua Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun Noraini Saad.

Baginda kemudiannya berkenan menyampaikan anugerah kecermelangan kepada para pelajar yang berjaya memperolehi keputusan terbaik dalam peperiksaan pertengahan tahun 2016.

perak-today-2

Baginda turut menyampaikan anugerah cemerlang Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2015 kepada 29 pelajar terpilih.

Turut disampaikan anugerah khas 2015 iaitu anugerah Sahsiah mithali, penerimanya Muhammad Khaliq Nasruddin dan bagi anugerah kepimpinan disandang oleh Nur Balqis Mohf Nazri.

Bagi Tokoh anugerah Bestari diberikan kepada Nurul Anis Mohd Zaini dan anugerah tokoh pelajar pula disandang oleh Nur Najwa Rosli.

perak-today-4

Baginda kemudiannya turut berkenan melawat galeri Seri Permaisuri Bainun sejurus selepas majlis tersebut.

Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun mempunyai seramai 495 pelajar dan 62 orang guru pernah terpilih sebagai sekolah kluster kecemerlangan pada tahun 2008.

perak-today-5

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");