Perak Hari Ini

Persempadanan Semula: BN Adakan Mesyuarat Khas pada Khamis

PASIR SALAK: Satu mesyuarat khas akan diadakan pada Khamis ini oleh Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan persempadanan semula seperti yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mesyuarat berkenaan akan menghimpunkan kesemua setiausaha parti komponen BN dan juga UMNO untuk mengumpulkan segala maklum balas berhubung ketidakpuas hatian terhadap isu terbabit.

Tegas beliau lagi, ia juga bagi menjelaskan perkara sebenar yang mana BN dan UMNO tidak terlibat dalam cadangan berkenaan.

“Pada Khamis pagi kita akan bertemu dengan semua untuk mereka suarakan mana ketidakpuasan hati mereka. Mereka tuduh kita (BN/UMNO) terlibat, sedangkan kita tidak ada kena-mengena.

“SPR merupakan badan berkecuali dan mereka ikut pemikiran mereka sendiri. Tetapi ada bahagian yang tidak setuju, jadi kita akan buat maklum balas daripada semua parti komponen serta UMNO, termasuk pembangkang kalau ada, supaya dapat lihat (cadangan itu) semula,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak 2016 di Dewan Felcra Changkat Lada di sini, hari ini.

perak-today-2

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak , Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Tengku Adnan berkata, pihaknya akan mengumpul semua maklum balas berkenaan cadangan persempadanan semula itu untuk membuat bantahan mengikut garis panduan serta peraturan yang ditetapkan.

“Kita juga sudah minta UMNO Perhubungan Negeri yang mempunyai masalah (persempadanan semula) untuk mengumpulkan semua maklum balas dan mungkin kita akan hantar sekaligus (kepada SPR) sebelum 14 Oktober.

“Ada juga dalam bahagian dan Parlimen tidak bersetuju dengan apa yang dicadangkan. Jadi kita akan buat maklum balas kepada mereka (SPR) kalau boleh pinda balik perkara tersebut,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");