Berita Hari Ini

Persempadanan Semula: SPR Balas Surat Azmin

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memberi tindak balas kepada surat rasmi oleh Datuk Seri Azmin Ali berhubung bantahan terhadap cadangan persempadanan semula.

Menteri Besar Selangor berkata surat itu dihantar ke pejabatnya petang Jumaat dan beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai tindak balas SPR itu pada Sabtu.

”Saya telah merujuk surat itu kepada peguam sebaik sahaja menerimanya. Mereka sedang dalam proses menyediakan kes dan saya akan memberikan kenyataan terperinci mengenainya pada pagi esok (24 September), ” katanya kepada The Star selepas menghadiri majlis makan malam rakyat bersama pemimpin Selangor di sini malam Jumaat.

Azmin sebelum ini dilaporkan berkata negeri itu akan memberi tumpuan kepada mengambil tindakan undang-undang terhadap suruhanjaya itu berhubung persempadanan semula yang dilabel sebagai percubaan untuk memusnahkan masyarakat Selangor yang berbilang budaya dan agama.

Atas nasihat peguam, langkah pertama yang dilakukannya adalah menulis kepada SPR atas kapasiti sebagai menteri besar, berusaha mengadakan bermesyuarat bagi mendapatkan penjelasan rasional, asas, prinsip dan mekanisme di sebalik cadangan persempadanan semula.

Sepucuk surat telah dikeluarkan kepada suruhanjaya itu pada Rabu dan mereka diberikan 48 jam untuk membalasnya.

Azmin juga dilaporkan berkata, kerajaan negeri Selangor, majlis tempatan dan 100 pengundi dari setiap kawasan akan memfailkan bantahan mereka secara rasmi terhadap persempadanan semula yang dicadangkan tidak lama lagi.

Beliau berkata ia dibenarkan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");