Isu Panas

PKR tak tolak kerjasama parti Shafie Apdal

SHAH ALAM – Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah membayangkan kemungkinan berlaku kerjasama antara PKR dengan parti yang diterajui bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Sabah.

Katanya, ia bukan perkara mustahil memandangkan pihaknya boleh memberi ruang kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini.

“Sebagaimana PKR boleh bekerjasama dengan Bersatu, maka saya kira PKR di Sabah boleh bekerjasama dengan parti baharu itu.

“Sabah adalah negeri yang istimewa kerana mempunyai kedudukan tersendiri dalam penubuhan Malaysia, ia bukan negeri seperti yang terdapat di Semenanjung,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, baru-baru ini.

Mohd Shafie sebelum ini dilaporkan mengesahkan beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.

Parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");