Jenayah

Polis rampas dadah RM27,100 tahan 3 suspek

KUALA KRAI: Polis merampas dadah dipercayai pil kuda bernilai RM27,100 serta menahan tiga suspek termasuk pasangan suami isteri dalam dua serbuan berasingan di Kuala Krai, semalam.

Rampasan keseluruhan termasuk kenderaan milih suspek berjumlah lebih RM30,000 ini menjadikannya kes kedua terbesar di Kuala Krai tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai ,Superintendan Abdullah Roning berkata,serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah tanpa nombor di Chuchuh Puteri pada jam 5 pagi semalam berjaya menemui 991 pil kuda dianggarkan bernilai RM24,775.

“Pada serbuan ini kita menahan pasangan suami isteri masing-masing berumur 28 tahun.

“Lelaki yang juga penoreh getah ini mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah,”katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, petang ini.

Abdullah berkata, pada serbuan kedua di Kemubu polis merampas dadah dipercayai pil kuda berjumlah 93 biji bernilai RM2,325 serta menahan lelaki berusia 32 tahun.

Menurutnya,saringan ujian air kencing ke atas kedua-dua lelaki positif dadah jenis Methapethamine.

Kedua-dua lelaki ditahan reman selama tujuh hari sementara suri rumah direman lima hari bermula hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");