Panasnya Hari Ini

PRN Belum Tentu Jadi Jaminan Untuk Kekal

KUALA LUMPUR:Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menegaskan bahawa pilihan raya negeri belum tentu menjadi menjamin buat kerajaan negeri untuk terus menerajui Selangor.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata ada banyak lagi isu antara sekutu melibatkan pakatan PKR, DAP, PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) yang masih belum diselesaikan.

“Apa yang menyebabkan anda fikir kami boleh kekalkan kedudukan di negeri ini pada masa sekarang? Sudahkan kami selesaikan isu pertembungan tiga penjuru? Sudahkah kami capai persefahaman sesama parti? Saya rasa kami perlu menetapkan apa yang lebih penting.

“Fokus sepatutnya adalah untuk menggerakkan tenaga dan sumber yang ada bagi memprotes cadangan persempadanan semula (kawasan pilihan raya) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya memetik sumber Berita harian.

Katanya semua parti hanya mempunyai tempoh 30 hari dari 15 September lalu untuk memberi cadangan atau mengemukakan bantahan terhadap syor persempadanan semula kawasan pilihan raya, selain merangka tindakan lain yang perlu diambil selepas tempoh berkenaan tamat.

Bagi Selangor, beliau berkata, peguam yang dilantik akan membincangkan perkara berkenaan dalam satu pertemuan jam 3 petang ini.

“Pilihan raya negeri tidak akan diadakan di Selangor. Ia diputuskan bukan oleh Azmin Ali tetapi barisan EXCO dua minggu lalu,” katanya.

Terdahulu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencadangkan pilihan raya negeri mengejut dibuat di Selangor atas alasan kononnya cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya bakal menjejaskan sokongan pengundi terhadap pakatan pembangkang di negeri ini.

Mengulas sama ada PKR masih cuba memenangi hati PAS untuk bersetuju dengan prinsip satu lawan satu pada pilihan raya nanti, Mohamed Azmin berkata perkara utama kini adalah semua kepemimpinan tertinggi setiap parti dalam pakatan mengadakan perbincangan.

“Kami perlu berbincang, perlukan lebih masa. Kebanyakan pemimpin tertinggi semua parti pembangkang menyatakan mereka memerlukan lebih masa untuk membincangkan mengenai prinsip satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");