Isu Panas

Protes Umno hanya sandiwara

ALOR SETAR: Protes Umno terhadap persempadanan semula hanya sandiwara kerana parti itu didakwa memperoleh manfaat besar daripada kajian semula persempadanan itu.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kemungkinan akan berlaku sedikit perubahan akibat bantahan itu, namun syor perubahan itu akan tetap dilaksanakan.

“Mungkin ada kalangan Umno memprotes, sebenarnya sekadar sandiwara. Itu semua hanya lakonan,” katanya.

Mukhriz mengulas mengenai mesyuarat khas BN yang diadakan bagi membincangkan persempadanan semula yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman antara yang menolak syor persempadanan membabitkan kawasan itu yang menyaksikan hampir 5,000 pengundi dikeluarkan untuk mengundi di Parlimen Teluk Intan.

Mukhriz juga menyifatkan persempadanan semula sebagai tindakan tidak sihat kerana kesan daripada perubahan itu menyebabkan wujud lebih banyak polarisasi kaum antara pengundi.

“Kawasan di mana Umno bertanding, ditambah pengundi Melayu manakala kawasan yang berisiko BN kalah atau kawasan milik pembangkang ditambah pengundi kaum lain. Sebelum ini, pengundi pelbagai kaum tetapi selepas ini, sesuatu kawasan itu akan ada lebih Melayu dan kawasan lain pula akan lebih bukan Melayu,” katanya.

Mukhriz bagaimana pun menegaskan tiada jaminan kawasan yang ditambah pengundi Melayu akan menjadi kawasan selamat buat Umno, dengan wujudnya Bersatu.

“Belum tentu calon Umno boleh menang sebab Bersatu juga parti berasaskan Melayu. Kami tidak kisah sekalipun ditambah majoriti di kawasan pengundi Melayu, letaklah lebih ramai Melayu kerana di situlah kami akan bertanding menentang Umno,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");