Perak Hari Ini

PTG Perak Tingkat Pemantauan Guna Drone

IPOH:Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak akan meningkatkan kecekapan urusan hartanah dan pemantauan aktiviti haram melibatkan tanah milik kerajaan di seluruh negeri dengan mengunapakai teknologi Drone.

Menurut Pengarah PTG Negeri Perak, Datuk Syed Mokhtar Syed Iddris Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM187,500 bagi pembelian 16 biji alat kawalan jauh Drone untuk diagihkan kepada seluruh pentadbiran tanah di negeri ini.

5-2

Ujarnya, agihan tersebut melibatkan tiga fasa iaitu fasa pertama agihan drone akan memberi fokus kepada 12 daerah terbesar untuk penggunaan alat tersebut.

“Ia menjadi hasrat Kerajaan negeri bagi PTG meningkatkan kecekapannya dari segi pengurusan tahap melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan penerokaan haram di seluruh negeri ini.

“Peruntukan juga akan diluluskan bagi membeli drone tambahan melengkapkan seluruh penggunaan bagi enam pejabat Daerah yang kecil dan satu bagi PTG iaitu keseluruhannya sebanyak 19 pejabat tanah yang akan menggunakannya,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas majlis penyerahan Drone kepada PTG di seluruh negeri Perak di sini hari ini.

Terdahulu Majlis penyerahan drone berkenaan telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan di Ipoh hari ini.3-1

“Ia juga bagi memastikan laporan yang dikemukan oleh pentadbir tanah kepada kerajaan negeri adalah terkini dan mengemaskini semula dengan menggunakan gambaran daripada drone,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, kaedah ini juga membantu semua pentadbiran PTG mampu menggunakan teknologi terkini yang setanding dengan jabatan serta agensi lain seperti Jabatan Hutan dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kita sedang mengemaskini teknologi dan tahap kecekapan PTG negeri, setanding dengan negeri lain seperti Terengganu dan Pahang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");